Tuesday, May 17, 2011

Hardi Jaafar


Sedikit tetapi berbagai2 kekecewaan aku untuk minggu ni..yang paling latest bila pasukan bola aku, Selangor tak dapat menempah tiket ke final piala fa apabila tewas pada Kelantan agg 6-2, lebih tepat lagi aku yang xdapat tempah tiket untuk tengok final walaupun pasukan epl aku,Manchester United dah lift cup hari 2..

Apa2 pun,untuk second leg ni,masa lawan kat KB tadi,memang nampak lar kesungguhan player2 Selangor semua berbanding 1st leg hari tu..tapi apakan daya,nasib x memihak pada kita..habis game,habis semua player Selangor yang ada fb semua aku komen..haha..semangat betul..yang paling latest balas ialah Hardi Jaafar lar..dia antara player yang xmengecewakan sepanjang game Selangor,bukan untuk lawan kelantan ni ajer,untuk game2 sebelum ni jugak..=)



p/s : aku mengharapkan janji tu dipegang Hardi Jaafar..maju terus mara..



Harapan Raito... =(



Agak lama jugak lar aku x mengupdate blog ni..hampir sebulan lebih dah, makin menjadi2 bersawang laman sesawang aku ni..ingat lagi blog entry pasal arnabun arnabun?sedikit mendukacitakan aku bila tarikh 20 april adalah tarikh kematian arnab kesayangan family aku,Raito..lepas 2 memang nak update blog ke,nak wat apa ker semua aku xder semangat,dapat update twitter ajer..sangat2 sayang..padahal aku baru terfikir nak update pasal arnab tiga beradik ni lagi..='(

Pada mulanya entah macam mana si Raito ni terlepas dari kawasan rumah aku,puas lar kitorang cari merata2 tapi masih xjumpa..lepas maghrib pun masih lagi tercari2 dia,apa lar yang si Raito wat dah malam2 buta ni..memang risau,hati ni Allah saja yang maha mengetahui..kitorang pun buat keputusan untuk sambung cari pada keesokan harinya dengan harapan si Raito berada di tempat yang selamat jauh dari ancaman haiwan lain seperti anjing..tapi malam 2 memang aku x putus asa,aku tunggu kat depan rumah dengan harapan dia taw lar nak balik..

Malam pun mencecah pukul 12 lebih,hujan pula mula turun dan semakin lama semakin lebat..lagi buat hati aku tersangat sangat risau,aku harapkan si Raito pandai cari tempat untuk berteduh dari hujan yang tersangat2 lebat ni..oleh kerana hujan lebat,aku pun membuat keputusan untuk kembali masuk kedalam rumah sambil berdoa keselamatan Raito..

Keesokan harinya,aku bangun dengan penuh semangat untuk meneruskan misi mencari Raito,seperti biasa yang aku buat setiap kali bangun,aku akan ke sangkar arnab untuk memberi mereka makanan jika kehabisan & borak2 ngan arnab..biasalar 2 bila dah ada haiwan kesayangan..tapi perkara yang paling aku taknak jangka ada depan mata aku..aku nampak bangkai arnab mati ditepi longkang rumah akibat lemas..mungkin aku fikir dia taw nak balik ke rumah,tapi sebab hujan lebat semalam,dia kelemasan dalam longkang 2..memang menangis kami sekeluarga,aku lagi lar,rasa sangat bersalah sebab masuk ke rumah pada malam 2 sebab hujan lebat,andai kata aku masih menunggu kat luar & aku taw dia akan balik ikut longkang 2,mesti xjadi macam ni..memang sedih sangat2..aku cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri sebab mati semua ada pada Allah,kita sendiri xboleh melawan takdir..

Sekarang tinggal 2ekor beradik 2 ajer,Momo & Philip..dalam masa terdekat kematian adik mereka,dorang x lalu nak makan langsung,sedih aku tengok,rupanya haiwan pun ada rasa sayang pada adik beradik mereka..kita yang manusia ni macam mana?pasal harta & slah faham sanggup putus saudara..






p/s : ada lagi gambar baru tiga beradik ni..tapi xsampai hati sebab macam sedih sangat bila tengok..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons