Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Akhirnya tiba juga bulan yang paling mulia dari 1000 bulan ni, bulan yang ada lailatul qadar didalamnya.. Rasa macam sekejap ajer da puasa an..
Bila nak dekat puasa ni, macam-macam poster keluar, poster yang macam ada kaitan ngan bola pon ada jugak, contohnya :



Aku yang sokong MU pon redho ajer la dengan poster ni.. nak buat macam mana an, memang logik pon.. hahaha..

Bagi yang dah lupa niat puasa, doa berbuka dan niat solat tarawih, aku lampirkan doa n niat-niat yang ada untuk mereka-mereka yang dah lupa-lupa tu, biasa la, setahun sekali ajer puasa ni.. Harap diniat dengan betul la, jangan diniat nak habis puasa cepat sudahlah, mentang-mentang la lepas puasa ni raya.. Hamboii...


ni untuk niat puasa 1 bulan terus, andai kata terlupa niat selepas ni, ni macam backup la..



niat puasa



doa yang paling ditunggu-tunggu oleh semua manusia dibulan ramadhan, doa buka puasa..



niat solat tarawih



Biasa la, awal-awal bulan ni, ramai ajer yang pergi tarawih, akhir-akhir nanti tengok la betapa kurangnya orang dalam masjid tu, ada ajer yang lompong-lompong dah solat tarawihnya.. Aku pon tak terkecuali la..=P
Harap dapat elak la dari ponteng puasa dan tarawih tahun ni.. Yeahh!!

Lastly, mintak ampun maap sempena bulan ramadhan ni dan semoga amalan kita semua diredhoi oleh Allah..Yang wajib jangan ditinggalkan, yang sunat dikerapkan.. Amin..
Selamat Datang bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa...=)

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura : Kat rumah pun BOLEH !



Kecewa tu tak payah nak cerita lar.. Sedangkan aku sendiri yang pelawa ramai-ramai turun penuhkan stadium hari ni (Harga Tiket Perlawanan Malaysia vs Singapura) sampai aku sendiri tak dapat nak beli tiket sebab cepat benor habisnya.. Ada member aku kata aku masuk tv3 berita 1.30 tengah hari tadi sebab beratur beli tiket yang takde.. -..-

Takpe-takpe, bagi peluang kat mereka yang tak pernah pergi stadium sokong Harimau Malaya sebelum ni untuk penuhkan stadium.. Bagus lar tu dorang dah mula sedar tentang keupayaan pasukan kebangsaan kita.. (fikir positif sebab taknak layan perasaan kecewa ni). Tapi jangan pulak korang maki hamun player kita.. Mereka memerlukan sokongan dan bukannya hinaan..

Apa-apa pun aku yakin dengan keupayaan negara aku sendiri dan aku rasa mereka boleh menang malam ni InsyaAllah.. =)

AAUUMMMM !!!!

p/s : tak puas hati betul ngan ulat tiket, beli tiket Malaysia vs Singapura banyak-banyak sekali gus pastu jual kat orang harga lagi mahal.. boleh tak aku gelarkan mereka ni pembelot negara?? (tak baik la menghukum orang)



Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday : Impian yang Tercapai



mungkin dulu susah nak dapat radio, bila dapat dengar radio tu yang sampai jadi hobi =P



Monday, July 25, 2011

Harga Tiket Perlawanan Malaysia vs Singapura



28 JULAI 2011
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
8.45 MALAM

RM50 (grandstand)
RM30 (free-seating)
RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun)

TEMPAT JUALAN TIKET
Tiket boleh didapati di :
Pintu masuk utama Stadium MBPJ
Pintu masuk Stadium A Shah Alam
Yellow Gate Stadium Nasional Bukit Jalil

Mulai 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 Julai 2011


Mari beramai-ramai hadir untuk memberi sokongan padu kepada skuad Bola Sepak Tanah Air kita !!!





Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday : 2 Tiket Free Malaysia vs Chelsea



hehehe =P




Friday, July 15, 2011

Kem Milo Kota Damansara 2011




Sayang seribu kali sayang, kalaulah aku bangun awal sikit, insyaAllah boleh jumpa legend Santokh Singh.. Kan dah terlepas nak jumpa masa beliau ada datang di Kota Damansara untuk perasmian Kem Milo hari tu.. Haisshh.. 

Takpe-takpe, benda dah lepas.. Apa-apa pun nak cerita sikit pasal adik aku Khairullah yang ada mengikuti Kem Milo ni, dia jadi penjaga gol untuk pasukan Kota Damansara FC (KDFC) bawah 10 tahun.. Sepanjang pemerhatian aku kat adik aku ni, aku rasa dia memang ada potensi sangat-sangat, sayang kalau bakat dia ni tak digilap dengan betul..


peace saje..


suka bebenor..


family pun turut hadir memberikan sokongan..


aku yang semangat nak jumpa Santokh Singh tapi terlepas -..-


dah macam coach dah..


Khairul dan rakannya..


Sepanjang perlawanan , pasukan KDFC banyak menempuhi pelbagai halangan terutamanya di bahagian penjaga gol kerana kebanyakannya dikenakan sepakan penalti setelah permainan berterusan seri tanpa jaringan.. Main pun 7minit ajer 1st half, memang payah lar nak cari gol..hahaha..


mengeluh bila permainan diteruskan dengan sepakan penalti..


coach Mohan memberi sedikit nasihat kepada Khairul


penalti..


tendangan yang tidak dapat diselamatkan..


nasib baik bola terkena palang dan keluar..


semua bergembira sebab layak ke peringkat suku akhir..


bukan main happy lagi mereka ni, padahal baru lepas masuk suku akhir.. -..-


Walaupun mereka berjaya ke peringkat suku akhir, permainan terpaksa diberhentikan atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan.. Hujan yang teralu lebat ni menyebabkan permainan akan dimulakan dengan sepakan penalti sahaja bila hujan mula berhenti.. Dan bukan rezeki untuk KDFC bawah 10 tahun apabila Khairul gagal menyelamatkan gawang gol mereka walaupun setiap sepakan lawan dapat dibacanya.. Faktor ketinggian juga menjadi kelemahan Khairul apabila pihak lawan banyak menendang sepakan penalti di bahagian atas gol..


goal kick..


terlalu tinggi..


masih gagal diselamatkan walaupun sepakan dapat dibaca..


siap masuk sotkaba..


p/s : amacam? boleh jadi pengulas sukan tak?hahaha..




Majlis Pernikahan Khairil Faiz & Nur Shaleha


Assalamualaikum, pada hari Jumaat yang penuh barakah ni aku nak share kat korang semua video wedding yang paling 1st dari Eternity Production.. Majlis Pernikahan Khairil Faiz & Nur Shaleha, majlis ni antara paling awal sebelum kami mula ambil kerja buat video wedding ni sebagai pekerjaan sampingan dan disusuli dengan video Majlis Perkahwinan Shahrizan & Najibah..


ehsan gambar dari pengantin


Dulu kami hanya ambil video sahaja, tapi kini kami cuba keluar dari kepompong dengan menawarkan videography serta photography untuk majlis perkahwinan dengan harga yang sangat berpatutan.. Jadi jikalau ada yang berminat, bole PM aku di email leo.ae3@gmail.com ..=)

Apa-apa pun selamat menonton hasil kerja aku yang boleh tahan ni.. (kalau kata tak berapa bagus nanti tak dapat pelanggan =P )









Jangan lupa komen dan subscribe youtube aku..=)
leoae3





Thursday, July 14, 2011

Kelayakan Piala Dunia : Malaysia vs Taiwan




Selepas berjayanya pasukan Olimpik Malaysia Ong Kim Swee ke peringkat seterusnya, kini tiba giliran skuad senior kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal untuk menunjukkan taring Harimau mereka.. Dan ternyata kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila bekas kapten dan kapten Malaysia sendiri yang menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan timbal balik antara Malaysia menentang Taiwan untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.. Dengan kemenangan itu, Malaysia bakal bertemu dengan jirannya Singapura.. Tak salah kalau aku nak kata Malaysia bakal merampas Piala Dunia dari Sepanyol..hehehe.=)


bawak Khairul sekali..


semasa nyanyian lagu kebangsaan masing-masing


ribuan penyokong yang hadir..


menyempat..


Hariz Aiman aka Makaron dan rakan-rakannya lagi.. =P


tanda penghargaan kepada penyokong..


nombor 10 nombor lagenda


Khairul bersama bendera tercinta..


Malaysia dengan bekalan selesa untuk dibawa ke Taiwan..


mnyempat jugak..


bergambar sebelum pulang, jalan tengah sesak..


PEACE !



Kelayakan Olimpik : Malaysia vs Lubnan



Alhamdulillah, hari ini aku nak bercerita kembali yang layak sudah kita ke peringkat seterusnya dalam kelayakan olimpik 2011 walaupun semalam kita dikecewakan pasukan kelab gergasi Arsenal dengan keputusan 0-4.. Malas pulak aku nak bercerita apa yang terjadi semalam kan, dengan stadium Bukit Jalilnya jadi macam pasukan lawan punya stadium dan tiada lagu Negaraku dimainkan pada awal permainan..

Aku tak kisah kelab-kelab inggeris ni datang, sekurang-kurangnya pasukan Malaysia kita dapat menguji kekuatan masing-masing, yang aku tak berapa nak suka, apabila disebabkan terlalu obses dengan kelab-kelab luar ni, negara kita sendiri dikutuk-kutuk.. Adoyai,apa nak jadi lar.. Aku sendiri tak menafikan aku pun minat pada kelab Manchester United, tapi kalau mereka main di Malaysia, aku lebih rela memilih negara sendiri dari kelab luar.. Lepas tu, kita buat lar apa yang kita suka, kita nak sokong kedua-dua pasukan pun sokong lar.. Sekurang-kurangnya pemain kebangsaan kita takde lar terkilan bila tengok stadium penuh dengan jersi pasukan lawan.. Sedangkan malam semalam pun ada game Liverpool lawan kelab dari China tapi majoritinya semua pakai baju kelab negara sendiri.. Malu kita woii.. Tengok, daripada aku kata malas nak bercerita, habis terkeluar jugak ketidakpuasan hati tu.. Nak buat macam mana, hak masing-masing, redho aje lar kan..

Apa-apa pun, berbalik pada cerita, pasukan Olimpik Malaysia Ong Kim Swee telah pun di undi bersama pasukan terbaik Asia dalam Group C, Jepun, Bahrain dan Syria.. Kita pun boleh diklasifikasikan sebagai pasukan terbaik Asia jugak kan? Think positif, kita boleh laluinya.. Lagi pun sekarang zaman bolasepak Malaysia bangkit dari zaman kegelapan, apa salahnya kita sebagai rakyat Malaysia, menyokong pasukan kebangsaan kita.. =)


seronok rasanya bila tengok stadium penuh..dulu ciput aje..


Hariz Aiman aka Makaron dan rakan-rakannya..


apehal pulak ni??


cik kura2bun pun ada..


siapa tangkap ni.. -..-


Goal pertama !!!


Goal kedua!!!


sayangnya terbolos satu..


tepukan sebagai penghormatan kepada pasukan kebangsaan..


mereka juga menghargai penyokong..


Harimau Malay..


bukan main seronok lagi..


sempat bergambar sebelum keluar stadium..


p/s : rasa tak puas hati betul bila semalam tak ade live, macam mana nak menyokong? terpaksa tengok melalui internet, faham-faham aje lar internet kat Malaysia ni kan 'laju'..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons