Tuesday, August 31, 2010

Filem Pendek - Z3880B



Sumpah kelakar cerita ni tapi style, hahaha. Tengah aku bosan-bosan kat rumah, saja main taip-taip filem pendek dekat Youtube, so terjumpalah cerita ni. Cerita arahan Suhaimi Ismail & Wayar-Putus Production ni memang bersungguh betul pembikinannya, bukan main-main punya cerita. Dia punya cinematografi dia simple je tapi cantik, banyak main digital prop, macam time bom, pistol, cctv & banyak lagi la. Entah mana la dorang dapat..=P

Aku suka tengok action yang dia nak tunjukkan, memang menjadi, kena dengan lagu pulak tu. Cuma bab fighting tu dah macam cerita tamil sikit, hahaha. Tapi yang bagusnya dorang ketengahkan seni bela diri Silat. Wooww..
Dorang ni nak buat cerita bersiri, tapi tak nampak pun sambungan cerita dorang, takat ni aje habis. Aku pun ada teringin jugak nak buat cerita bersiri untuk saja suka-suka nak share dengan semua orang tapi tak kesampaian. Masih tak mampulah senang cerita. Kalau ada rezeki, ada la ceritanya..=)

Sunday, August 29, 2010

Pemakanan Sihat & Propaganda Barat


Entry ni pun hasil dari facebook yang ingin aku share untuk korang semua. Kesahihan dalam entry ni pun masih tak dapat dipastikan lagi kebenarannya. Just kita sebagai manusia yang masih lagi waras dan berakal, pandai-pandailah berfikir sewajarnya ya. Segala yang silap agar dapat dibetulkan..=)


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang berbangsa Yahudi semuanya ada segelas kopi ditangan mereka.


Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5 dan ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Nabi kita mengingatkan supaya tidak makan susu bersama buah kerana boleh menganggu perut tetapi banyak iklan mewar-warkan kebaikan yogurt buah-buahan (produk susu + buah) yang kononnya baik untuk usus.


Banyak juga iklan mewar-warkan kebaikan susu lembu....ada gangliosida la.....mcm2. ..tp sebenarnya susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu.


wallahua'alam

Wednesday, August 25, 2010

Nak Balik Kampung...


Rasa macam dah lama tak balik kampung. Hari tu atuk ada call yang wan dah menangis tengok rambutan sebab teringatkan takde siapa yang balik kampung. Padahal hari tu baru je jumpa. Biasalah, dah tua-tua. Wan pun dah lupa-lupa sikit dah tu. Selalu tanya benda yang sama ulang-ulang. Bagi aku, aku tak penat nak jawab soalan tu, sebab aku faham wan memang dah lupa-lupa. Yang aku rasa macam tak elok tu,bila wan tanya ulang-ulang, ada pulak yang mula meninggikan suara sebab tak tahan..

Hari tu ramai yang balik kampung, tapi aku tak dapat balik sekali sebab ada test agama & busy dengan shooting. Mulalah rasa rindu nak balik kampung tiba-tiba. Lagipun wan dengan atuk tu dah lama jaga aku sejak aku kecik lagi. Siapalah yang tak rindu. Sekurang-kurangnya bila aku balik, terubatlah sikit rindu aku dekat dorang & mesti dorang terharu sebab cucu dia balik..=)



Gambar ni diambil sebelum puasa dulu. Masa ni wan nak sangat bergambar dengan cucu & cicit dia. Teringat aku dengan kata-kata wan..

"Meh sini tangkap gambar dengan nyang, nanti bila nyang takde, kenal lah semua siapa nyang"

Wan tu dah la jenis sensitif sikit. Apa yang dia cakap tu betul-betul buat aku terkedu. Aku dengan Fakrul aje yang dengar masa tu. Rasa tersentuh aje bila tengok balik gmbar ni. Memang aku betul-betul ingatlah apa yang wan cakapkan tu..


Muhasabah Diri : Kenapa Yahudi Bijak




Entry ni menarik minat aku untuk baca & di share dari laman sosial facebook. So aku harap aku dapat share dengan korang la apa-apa informasi yang ada dalam entry ni. Aku tau entry ni panjang, tapi banyak informasi berguna.


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh : Adibah Mohd Noor - Matriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.


wallahua'lam

Monday, August 23, 2010

Shooting Zakat 3






HAAAAAUUUUUSSSSS!!!!!
2 ajer r yg terlintas kat kepala tym shooting semalam..panas giler kot..tggal nak abizkan scene yg ade,scene mualaf (Hanan),retake balik scene musafir (Annaz),scene kat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ngan scene pengemis (Syuk)..
Asalnyer scene pengemis 2 dipegang oleh Acap..tpi dsbabkan dyer ader hal,so nsib baik r syuk jadi bidan terjun ktorg..cam kurg ckit r msalah..seman lak lg skali bapak dyer dtg Uniten so xley nak follow shooting..yg pergi shooting cuma 8org ajer r..Aku, Nadia Zuhaida, Hanan, Syukri, Hariz, Farid, Annaz & watak utama Alip..

Mmg panaz terik giler lar smlm,tekak ktorg sume da kering da..terbayang mcm2 air da..kalo ikut nafsu,da lm da "terbuka" pose..huisshh..nsib bek still kental lagi..abiz ajer shooting trus ke bazaar putrajaya nak beli air...ramai gler org..tgk mknn kat sn pown xlalu,yg taw nak air ajer tym 2..haus sgt2 kowt..sampai2 bilik ajer elok2 azan berkumandang..aper lagi,sental air smpai knyang...hahaha..buka air ajer smlm..dasyat2..=P



muallaf suci



uit?aper 2?



berapa kali retake da ni..



kepanasan yg melampau



u jump i jump



aaakuu musafir hina



tazkirah ckit...



producer kter..



lain mcm ajer posisi ni..



Wisma PPZ



pengemis yg menagih simpati rakyat



Last shoot



Bazaar Air.....Yeeaahh!!!


Saturday, August 21, 2010

Shooting zakat 2



19/8/2010 (Khamis)


Ktorg mula jalankan kembali shooting yg da lama tertangguh..kali ni ktorg shooting kat rumah farid utk scene awal cerita..lepas abiz siap ajer scene dlm rumah,ktorg trus gi balik kat kdai roti nan cheese yg dkat2 ngan Alamanda 2 utk scene musafir plak..watak musafir dipegang oleh Annaz..
Lepas siap sume,azan pown berkumandang,aper lagi,terus berbuka kat Alamanda r...smpi kat sana ajer,bkan men ramai lg org..huisshh,smpai terpaksa tggu turn nak cop meja la skali..sampai ajer seru,ktorg pown mkn!!!




replay scene



ni ape kes ni?



view lawa kat sini..



Farid menampal namanya sendiri



Watak Utama



Sain agreement



Me...=P



Krew yg hadir



taklimat utk scene ke2



skali lg,ni ape kes ni?



musafir yg kehausan dibulan ramadhan



brapa kali shot ni kna amik..haha



MAKAN TIME !!!



Pas mkn nasi,beli hotplate lagi..wow..



"Aku sorang ajer yg mangkok..."



makanan berbukaku



Allahhummalakasumtu....

Thursday, August 19, 2010

Soal Jawab Ramadhan



5.39am???
Imsak pukul 5.43am. Teringat pulak ayam McD dengan air coke yang beli semalam tu untuk buat sahur. Apa lagi, bergegas la bangun, taknak la membazir an.. so dalam baki masa lebih kurang 3 minit tu aku melantak la ayam tu dengan laju. Drumstick tu aku habiskan kurang dari seminit, seketul lagi tu agak lama sikit la sebab banyak isi an. tapi dalam 2 minit jugak la macam tu. Lepas tu terus minum coke sekali sedut, haha. Tambah pulak dengan minum air kosong banyak-banyak teguk. Agak-agaknya sempat tak sampai imsak?? Mustahil.. Memang drag masa la sampai pukul 5.46am. Sekarang perut aku tengah terkejut sebab aku menyumbat semua makanan dalam masa yang singkat. Huisshhh...

aku tau yang kita sebenarnya boleh sahur sampai azan subuh. Imsak ni pulak macam lampu kuning la untuk berhenti sahur & siap-siap untuk solat subuh, cuma sekarang ni aku sedikit was-was. kalau perkara syubhah ni, kalau boleh kita elakkan sebab tak pasti kesahihannya. So aku pun search kat internet, saja-saja, terlintas pulak nak check an. Secara tak langsung, aku dapat jugalah timba sedikit sebanyak ilmu yg aku tak tau, so tak salah kalau kita sama-sama share ilmu ni an, lagi-lagi bulan baik macam ni..=)



Ketika bersahur, terdengar azan.

Terdapat dua hadis: Hadis Riwayat Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.

Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.

Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit sebelum azan subuh).

Hadis :
Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya). (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)


Perkara yang membatalkan puasa.

Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga. Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatwa. Menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuang kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

Menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata. Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat utk menghilangkan haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat).


Pemakaian kanta lekap semasa berpuasa.

Tidak batal kerana tiga alasan (illat) :

  1. tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg diharusi.
  2. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga).
  3. ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi kemasukan cecair itu.


Suntikan.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.


Penggunaan inhaler untuk pesakit asma.

Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Asma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit asma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan

Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak wujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.


Air mani terkeluar di waktu pagi.

Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.


Berjimak sewaktu azan subuh.

Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.


Air termasuk hidung semasa wuduk.

Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkumur atau istinsyaq dan air termasuk ke dalam rongga hidung terus ketekaknya - tidak batal puasa. Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas. Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.


Memasukkan air dalam hidung ketika wuduk.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.


Memberus gigi selepas waktu subuh.

Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei makruh memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

wallahua'alam

Tuesday, August 3, 2010

Lirik lagu Wonder Pets





Linny,
Tuck,
Dan Ming-Ming juga.
Wonder Pets datang membantu!
Apa yang penting?
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!

Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila bekerjasama, semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yeaay!


Kejadahnya semua ini, hahaha. Ini kes bosan habis lah ni, sekali dengan lirik wonderpet lagi. Kura-kura dalam wonderpet ni megingatkan aku kat kura-kura aku yang hilang tu."TJ" nama dia, manalah dah pergi..

Lawak Antarabangsa



hahaha.. saja share. mudah terhibur =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons