Saturday, August 27, 2011

Lilin Sebagai Ganti



Masing-masing saat ni dah mula fikir pasal hari raya aidilfitri yang bakal tiba lagi beberapa hari.. Ada yang sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing dan masih ada lagi yang tengah bershopping sakan..

Walaupun tinggal di bandar, sebagai ganti kepada pelita yang sering dinyalakan di kampung sewaktu kecil-kecil dulu, aku nyalakanlah lilin untuk menerangi halaman rumah aku.. Bukan main banyak lagi an lilin keliling rumah ni..hahaha..





Di kesempatan yang ada ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada blogger-blogger yang ada dan yang membaca blog aku yang tak seberapa ni.. Maafkan andai ada salah silap sepanjang penulisan blog Kaca Mata Hati ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin







Thursday, August 25, 2011

Sweater Raya Sudah Sampai !!!



Bukan main gumbira lagi aku hari ni bila sweater yang aku order hari tu dah sampai!!! Ni lar 1st time aku beli sesuatu secara online.. Thanks to Styla Men's Garage sebab dapat hantar sweater ni sebelum raya.. 

Mesti korang pelik kenapa lar aku gi beli sweater, sampai 3 sekali pulak tu.. Aku pun tak taw lar, suka sangat aku dengan sweater-sweater ni walaupun Malaysia ni bukanlah sejuk pun.. Dah lar sweater yang aku beli ni bukan main tebal lagi, dah macam sweater overseas.. Kalau pakai siang memang boleh kurus, macam sauna.. -..-

Ni antara sweater-sweater yang aku beli secara online, amacam? Ada style kah? hehe.. =)




Ada macam-macam lagi ni, so kalau nak stylo milo jugak, boleh lar cek kat FB Styla Men's Garage ni.. =)

p/s : dan semestinya bentuk badan aku tidak seperti model-model gambar diatas,
beli style-style macam ni pun bukan aku nak pakai sangat sebab takut terlalu menonjol, 
yela, aku ni kan low profile.. hahahaha..






Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday : Baju Raya versi Jersi Malaysia



kredit kepada tuan empunya baju dan gambar (FB Support Malaysia League)



Wordless Wednesday : Rambut Baru


sebelum

selepas

p/s : rindu dengan rambut lama, boleh dikatakan rambut raya lar ni.. =)



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday : Bunga Api








p/s : bukan photoshop yer..




Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday : Melukis Menggunakan Coding OpenGL





p/s : tak serupa sangat pun an? tapi nak buat ni punya lar leceh nak guna coding bagai, terasa macam jadi interior designer pulak..




Friday, August 5, 2011

Undian Piala Malaysia 2011



PIALA MALAYSIA 2011

KUMPULAN A
KEDAH - PERAK - SABAH - JOHOR
KUMPULAN B
TERENGGANU - NEGERI SEMBILAN - PKNS - SIME DARBY
KUMPULAN C
KELANTAN - JOHOR FC - FELDA UNITED - SARAWAK
KUMPULAN D
SELANGOR - T-TEAM - KUALA LUMPUR - PDRM


JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2011

Pusingan 1 Piala Malaysia : 6 , 10 & 13 September
Pusingan 2 Piala Malaysia : 17 , 24 & 27 September
Jadual Suku Akhir Piala Malaysia : 4 & 8 Oktober
Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia : 14 & 22 Oktober
Final Piala Malaysia 2011 : 29 Oktober 2011






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons