Showing posts with label Pets. Show all posts
Showing posts with label Pets. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Harapan Raito... =(



Agak lama jugak lar aku x mengupdate blog ni..hampir sebulan lebih dah, makin menjadi2 bersawang laman sesawang aku ni..ingat lagi blog entry pasal arnabun arnabun?sedikit mendukacitakan aku bila tarikh 20 april adalah tarikh kematian arnab kesayangan family aku,Raito..lepas 2 memang nak update blog ke,nak wat apa ker semua aku xder semangat,dapat update twitter ajer..sangat2 sayang..padahal aku baru terfikir nak update pasal arnab tiga beradik ni lagi..='(

Pada mulanya entah macam mana si Raito ni terlepas dari kawasan rumah aku,puas lar kitorang cari merata2 tapi masih xjumpa..lepas maghrib pun masih lagi tercari2 dia,apa lar yang si Raito wat dah malam2 buta ni..memang risau,hati ni Allah saja yang maha mengetahui..kitorang pun buat keputusan untuk sambung cari pada keesokan harinya dengan harapan si Raito berada di tempat yang selamat jauh dari ancaman haiwan lain seperti anjing..tapi malam 2 memang aku x putus asa,aku tunggu kat depan rumah dengan harapan dia taw lar nak balik..

Malam pun mencecah pukul 12 lebih,hujan pula mula turun dan semakin lama semakin lebat..lagi buat hati aku tersangat sangat risau,aku harapkan si Raito pandai cari tempat untuk berteduh dari hujan yang tersangat2 lebat ni..oleh kerana hujan lebat,aku pun membuat keputusan untuk kembali masuk kedalam rumah sambil berdoa keselamatan Raito..

Keesokan harinya,aku bangun dengan penuh semangat untuk meneruskan misi mencari Raito,seperti biasa yang aku buat setiap kali bangun,aku akan ke sangkar arnab untuk memberi mereka makanan jika kehabisan & borak2 ngan arnab..biasalar 2 bila dah ada haiwan kesayangan..tapi perkara yang paling aku taknak jangka ada depan mata aku..aku nampak bangkai arnab mati ditepi longkang rumah akibat lemas..mungkin aku fikir dia taw nak balik ke rumah,tapi sebab hujan lebat semalam,dia kelemasan dalam longkang 2..memang menangis kami sekeluarga,aku lagi lar,rasa sangat bersalah sebab masuk ke rumah pada malam 2 sebab hujan lebat,andai kata aku masih menunggu kat luar & aku taw dia akan balik ikut longkang 2,mesti xjadi macam ni..memang sedih sangat2..aku cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri sebab mati semua ada pada Allah,kita sendiri xboleh melawan takdir..

Sekarang tinggal 2ekor beradik 2 ajer,Momo & Philip..dalam masa terdekat kematian adik mereka,dorang x lalu nak makan langsung,sedih aku tengok,rupanya haiwan pun ada rasa sayang pada adik beradik mereka..kita yang manusia ni macam mana?pasal harta & slah faham sanggup putus saudara..






p/s : ada lagi gambar baru tiga beradik ni..tapi xsampai hati sebab macam sedih sangat bila tengok..



Saturday, March 19, 2011

Arnabun Arnabun


Hari ni aku nak update sekali banyak, yela, asyik delayed ajer an, kan da padan muka kena update aper2 yg tak terupdate dulu..Oleh sebab tahun ni tahun arnab bagi kaum cina, kat tv pown asyik tunjuk muka arnab ajer, maka terlintas lah mak aku untuk bela sekor arnab kat umah..

Oleh kerana makcik aku ada ternak2 arnab,nak dijadikan citer, kitorang  belilar kat dia dengan harga RM60 ajer kalo xsilap siap beli 3ekor anak arnab sekali & extra mak arnab sebab arnab ni still mnyusu lagi..comel an? Jadi elok bebenor ler 2 setiap family aku bela sekor kecuali my father..


nama dia Momo, ni arnab aku, warna kelabu keuban-ubanan..hampir mak aku beri nama dia uban sebab dia ada uban kat kepala..=..="


uit mana datang batang kayu ni ??


antara patung yg bakal jadi mangsa..


ni pulak Philips, arnab adik aku amir..warna putih macam kulit tuan dia..


ni pulak Raito, arnab adik bongsu aku khairul, seperti biasa, warna dia tompok2 hitam putih macam tuan dia jugak..


tolong aku tolong aku !!!


agak2 ni boleh jadi mcm cerita prison break x?


seronoknyer dibelai...


huh??ada paparazi !!!


ni ibu dia Lee Bum, takut aku, besar giler !!!


da rupa panda pown ada haa..


lepak2..


tengah cari cara nak kuar dari pagar ni..


keret !!!


antara arnab paling macho abad ini..


makan2 rumput kering


lepak ngan adik beradik..


ala2 koboi gitu..


jika kau fikirkan kau boleh..


alamak tersangkut!! dah rupa stoking sidai dah..
*tiada penderaan binatang disini,ni salah dia,dia lompat,dia sangkut,aku sempat snap gambar..=)


sian kita2 ni, sejak ada arnab, kita dah x dilayannya..


p/s : jikalau anda perasan, nama2 arnab ni semuanya dari pengaruh cerita kamen rider..haha..Lee Bum pulak pengaruh dari cerita korea yg mak aku tgk baru2 ni kat TV3..kalau korang perasan lar..=P
Masa gambar ni diambil,arnab ni besar2 dua tapak tangan ajer,sekarang dah besar gedabak da..cepat betul..=..="



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons