Thursday, April 23, 2015

Review : Marvel's Avengers Age of Ultron



Overall Rating : 8/10 [Menghiburkan]

Tiada post-credit scene (no after credit scene) untuk Avengers Age of Ultron, hanya ada mid-credit scene sahaja. Tidak seperti filem-filem marvel cinematic universe sebelum ini yang popular dengan after credit scene dan selalunya menyajikan 2 after credit scene (mid-credit dan post-credit), Avengers Age of Ultron kali ini hanya memaparkan hanya satu after credit scene. Jadi masa kredit nama-nama pelakon utama yang awal, korang bolehlah tunggu dulu kejap untuk mid-credit scene, tapi selepas credit roll yang hitam tu keluar, korang dah boleh keluar wayang dah.


Saturday, May 5, 2012

Pakej Murah Videographer dan Photographer untuk Majlis Perkahwinan 2015




ETERNITY PRODUCTION menawarkan perkhidmatan seperti videografi & fotografi untuk wedding, event, dan sebagainya. Pelbagai pakej-pakej menarik dengan harga yang MURAH menanti anda disini.


Kami menyediakan harga basic yang murah kepada
pelanggan yang mahu menempah photographer atau videographer
untuk majlis perkahwinan bergantung kepada terma dan syarat*



*tiada caj tambahan kecuali majlis diluar KL & Lembah Klang.

Kepada yang ingin menempah secara pakej, kami ada menyediakan senarai seperti diatas.. Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan harga dan pakej yang kami sediakan, anda bolehlah menghubungi kami :

- Syukri : 014-2349964
- Nadia : 013-4101022
- Hez : 013-2320235

atau layari Facebook dan blog kami untuk melihat hasil kerja serta
pakej yang telah kami sediakan - Facebook & Blog

Tuesday, November 22, 2011

Saya Sayang Malaysia Saya !!!



Tak terkata apa dah..
Malaysia menang dengan penentuan penalti 5-4 (termasuk gol seri 1-1)

TAHNIAH SKUAD MALAYSIA.. 
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK !!!







p/s : berbaloi tengok walaupun berbasah bawah hujan dekat Gulam Mee Kota Damansara.. 
memang happening gila !!!

JANGAN LUPA RABU NI MALAYSIA vs SYRIA KELAYAKAN OLIMPIK
di STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL 






Sunday, November 20, 2011

Lagu Malaysia Sempena Sukan Sea 2011

Bersempena Final Acara Bola Sepak Sukan Sea pada esok hari antara perlawanan Malaysia menentang Indonesia, aku ada lar sikit kesempatan nak update blog bersawang ni.. =)

Dengan harapan Pasukan Harimau Malaya Muda Kesayangan kita berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011 acara Bola Sepak kali ni, aku sertakan lagu inspirasi untuk semua skuad kebangsaan kita dalam acara Bola Sepak khususnya dan atlet Malaysia secara umumnya.. Video lagu tema Sukan Sea 2011 " Team Malaysia - Gemuruh Suara ".








p/s : seriusly lagu dan video ni sangat berinspirasi dan semangat !! 
GOOD LUCK MALAYSIA & HARIMAU MALAYA !!!



Saturday, August 27, 2011

Lilin Sebagai Ganti



Masing-masing saat ni dah mula fikir pasal hari raya aidilfitri yang bakal tiba lagi beberapa hari.. Ada yang sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing dan masih ada lagi yang tengah bershopping sakan..

Walaupun tinggal di bandar, sebagai ganti kepada pelita yang sering dinyalakan di kampung sewaktu kecil-kecil dulu, aku nyalakanlah lilin untuk menerangi halaman rumah aku.. Bukan main banyak lagi an lilin keliling rumah ni..hahaha..





Di kesempatan yang ada ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada blogger-blogger yang ada dan yang membaca blog aku yang tak seberapa ni.. Maafkan andai ada salah silap sepanjang penulisan blog Kaca Mata Hati ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin







Thursday, August 25, 2011

Sweater Raya Sudah Sampai !!!



Bukan main gumbira lagi aku hari ni bila sweater yang aku order hari tu dah sampai!!! Ni lar 1st time aku beli sesuatu secara online.. Thanks to Styla Men's Garage sebab dapat hantar sweater ni sebelum raya.. 

Mesti korang pelik kenapa lar aku gi beli sweater, sampai 3 sekali pulak tu.. Aku pun tak taw lar, suka sangat aku dengan sweater-sweater ni walaupun Malaysia ni bukanlah sejuk pun.. Dah lar sweater yang aku beli ni bukan main tebal lagi, dah macam sweater overseas.. Kalau pakai siang memang boleh kurus, macam sauna.. -..-

Ni antara sweater-sweater yang aku beli secara online, amacam? Ada style kah? hehe.. =)




Ada macam-macam lagi ni, so kalau nak stylo milo jugak, boleh lar cek kat FB Styla Men's Garage ni.. =)

p/s : dan semestinya bentuk badan aku tidak seperti model-model gambar diatas,
beli style-style macam ni pun bukan aku nak pakai sangat sebab takut terlalu menonjol, 
yela, aku ni kan low profile.. hahahaha..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons