Thursday, August 19, 2010

Soal Jawab Ramadhan



5.39am???
Imsak pukul 5.43am. Teringat pulak ayam McD dengan air coke yang beli semalam tu untuk buat sahur. Apa lagi, bergegas la bangun, taknak la membazir an.. so dalam baki masa lebih kurang 3 minit tu aku melantak la ayam tu dengan laju. Drumstick tu aku habiskan kurang dari seminit, seketul lagi tu agak lama sikit la sebab banyak isi an. tapi dalam 2 minit jugak la macam tu. Lepas tu terus minum coke sekali sedut, haha. Tambah pulak dengan minum air kosong banyak-banyak teguk. Agak-agaknya sempat tak sampai imsak?? Mustahil.. Memang drag masa la sampai pukul 5.46am. Sekarang perut aku tengah terkejut sebab aku menyumbat semua makanan dalam masa yang singkat. Huisshhh...

aku tau yang kita sebenarnya boleh sahur sampai azan subuh. Imsak ni pulak macam lampu kuning la untuk berhenti sahur & siap-siap untuk solat subuh, cuma sekarang ni aku sedikit was-was. kalau perkara syubhah ni, kalau boleh kita elakkan sebab tak pasti kesahihannya. So aku pun search kat internet, saja-saja, terlintas pulak nak check an. Secara tak langsung, aku dapat jugalah timba sedikit sebanyak ilmu yg aku tak tau, so tak salah kalau kita sama-sama share ilmu ni an, lagi-lagi bulan baik macam ni..=)



Ketika bersahur, terdengar azan.

Terdapat dua hadis: Hadis Riwayat Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.

Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.

Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit sebelum azan subuh).

Hadis :
Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya). (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)


Perkara yang membatalkan puasa.

Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga. Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatwa. Menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuang kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

Menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata. Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat utk menghilangkan haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat).


Pemakaian kanta lekap semasa berpuasa.

Tidak batal kerana tiga alasan (illat) :

  1. tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg diharusi.
  2. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga).
  3. ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi kemasukan cecair itu.


Suntikan.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.


Penggunaan inhaler untuk pesakit asma.

Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Asma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit asma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan

Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak wujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.


Air mani terkeluar di waktu pagi.

Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.


Berjimak sewaktu azan subuh.

Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.


Air termasuk hidung semasa wuduk.

Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkumur atau istinsyaq dan air termasuk ke dalam rongga hidung terus ketekaknya - tidak batal puasa. Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas. Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.


Memasukkan air dalam hidung ketika wuduk.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.


Memberus gigi selepas waktu subuh.

Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei makruh memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

wallahua'alam

1 kritikan membina:

Nadia Zuhaida said...

Nice one! Good info :))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons