Sunday, April 10, 2011

Merapu Tym : Kamen Rider




HENSHIN !!!
Perkataan ni akan selalu didengari oleh mereka-mereka yang memang layan gila cerita Kamen Rider ni.. Siapa yang tak pernah tengok, mungkin akan menganggap cerita ni lebih kepada kebudak-budakan semata-mata, tapi bagi aku, semua cerita Kamen Rider ni ada mesej-mesej tersendiri.. Kalau tak percaya, silalah tengok sendiri cerita ni ek..hehe..

Cuma konsep yang ada dalam Kamen Rider ni kebanyakan hampir sama untuk setiap cerita.. Contohnya macam lelaki yang jadi Kamen Rider ni mestilah berambut panjang.. Kalau nak bertukar, mesti kena ada tali pinggang.. Bila Final Attack ajer, mesti ada melibatkan 'flying kick'..hahaha.. Kalau anda perasan jugak, Kamen Rider ni mesti akan lawan kat tempat yang sama untuk setiap ceritanya.. Tapi yang paling penting ialah motosikalnya lar, kalau tak ada motosikal, bukan Kamen Rider lar namanya.. Uniknya juga cerita Kamen Rider ni an,dia ada trademark tersendiri untuk setiap cerita..=)

Minatnya aku dengan cerita ni sampai aku beli DVD full set dari Kamen Rider Den-O sampai ke Kamen Rider W.. Cuma sekarang menunggu Kamen Rider OOO habis tayang kat Jepun ajer untuk aku beli DVD full set dia.. Aku start tengok Kamen Rider yang baru dari cerita Kamen Rider Ryuki kat ntv7, jadi aku akan story-mory sikit lar dari Kamen Rider Ryuki sampai Kamen Rider OO sekarang..


KAMEN RIDER RYUKI

Setelah sekian lama cerita Kamen Rider menyepi kat stesen tv Malaysia, akhirnya ntv7 siarkan juga cerita Kamen Rider setiap hari ahad, bermula dengan cerita Kamen Rider Ryuki.. Mereka-mereka ni berlawan sesama sendiri, dalam masa yang sama juga ada makhluk-makhluk jahat yang cuba mengganggu mereka.. Disinilah cerita Kamen Rider yang mula start lawan pakai Kad.. Mereka tak berlawan kat dunia sebenar tapi mereka fingting2 kat dalam dunia cermin.. Buat kali pertama juga, ada banyak Kamen Rider dalam 1 cerita.. Semua pun nak menyibuk sama.. Dasyat2..



gambar kelas Kamen Rider Ryuki





Shinji : ini lar heronya... Rambut panjang seperti yang dijangka..



KAMEN RIDER 555

Sebutan untuk Kamen Rider ini ialah Faiz.. Sekali dengar dah macam nama Melayu dah..hahaha.. Konsep cerita ini menggunakan simbol matematik sebagai trademark Kamen Rider dia.. Paling aku suka masa dia nak bertukar, paling style lar.. Cerita ni juga buat aku tak miss dari tengok setiap hari ahad kat bilik tv asrama dulu..




suit Kamen Rider yg paling cantik bagi aku..




Takumi : konfliknya seorang hero, dia lar Kamen Rider, dia juga Makhluk Orphnoch..



KAMEN RIDER BLADE

Kamen Rider Blade ni pula berkonsepkan kad terup.. Daun terup pun ada 4 an,jadi Kamen Ridernya pun ada 4 lar semuanya.. Cerita ni aku tak khatam pun, selalu ajer miss kat ntv7 tu..




Kamen Ridernya..




nama watak lelaki ni Kenzaki



KAMEN RIDER HIBIKI

Ini salah 1 cerita Kamen Rider yang aku tak pernah nak ambil port.. Bagi aku jalan ceritanya sedikit membosankan & dengar kata, mereka ada masalah masa produksi dijalankan.. Entahlah.. Yang aku tau, Kamen Rider ni berkonsepkan muzik dengan budaya tradisional masyarakat Jepun..



dialah drummer terbaik..




nama Kamen Rider ni sempena nama watak lelaki tu,Hibiki...




geng-geng rock kapak..



KAMEN RIDER KABUTO

Kamen Rider ni hampir kepada tema asal Kamen Rider dulu yang berkonsepkan serangga.. Yang dasyatnya Kamen Rider ni ada berapa form entah, form yang 1st macam besar gedabak gila, bila dah tukar form ke2 barulah ringan sikit.. Serupa juga seperti Kamen Rider Ryuki, cerita ni ada banyak Kamen Rider dalam 1 cerita..



semua tak nak kalah muka keluar poster..




lelaki Tendou yang 'bekerja' untuk mengalahkan Makhluk Worm..



KAMEN RIDER DEN-O

Start dari cerita ni lar aku ada full set DVD.. Bagi aku, aku suka gila watak-watak dalam cerita ni, semua kelakar-kelakar.. Cerita ni juga lebih kepada komedi, so tak hairanlah Kamen Rider ni paling laris sampai hampir setiap cerita Kamen Rider seterusnya, Kamen Rider Den-O ni masih ada.. Cuma sampai sekarang aku x tak berapa faham jalan cerita dia dengan lebih spesifik.. Konsep keretapi & pengembaraan masa digunakan dalam cerita ni.. Masa nak bertukar pun dah macam guna touch n go dah.. Dalam cerita ni juga, Makhluk Imagin yang akan bertukar menjadi Kamen Rider untuk lawan spesis dia sendiri..



Setiap form untuk setiap Makhluk Imagin yang bertukar..




badan Ryotaro ni lar yang selalu jadi mangsa kena rasuk..




geng-geng Makhluk Imagin yang baik-baik dan SENGAL!



KAMEN RIDER KIVA

Aku paling suka plot cerita Kamen Rider ni dari antara Kamen Rider yang ada buat masa ni.. Plot dia gila bijak sampai ada keseinambungan untuk 2 timeline masa antara tahun 1986 dengan 2008.. Konsep untuk Kamen Rider ni ialah Dracula atau Vampire.. Dalam cerita ni juga kita akan selalu dengar alunan biola yang dimainkan oleh hero Kamen Rider Kiva ni.. Bukan sahaja plot dia best, tapi Final Form Kamen Rider ni yang paling cantik bagi aku.. Kalau tak silap aku, dalam banyak-banyak Kamen Rider, Kamen Rider ni ajer yang guna motor Harley..



posing mesti maut punya..




timeline antara Kurenai Otoya (bapak) & Kurenai Wataru (anak)



KAMEN RIDER DECADE

Untuk cerita Kamen Rider ni,dia sebenarnya khas untuk menyambut ulang tahun ke-10 Kamen Rider di era Heisei.. Jadi jalan ceritanya tak berapa nak menonjol sangat bagi aku.. Macam semata-mata untuk memperkenalkan semula Kamen Rider yang ada dulu.. Tapi masih boleh layan..



Kamen Rider era Heisei start dari Kamen Rider Kuuga..




mat rempit jalanan..




Tsukasa dah nak HENSHIN!!!



KAMEN RIDER W

Cara sebutan 'W' lebih kepada 'Double' sahaja.. Ramai yang beranggapan ni Kamen Rider gay..haha.. Silap ler.. Mereka member ajer, dah macam adik-bradik dah.. Satu-satunya Kamen Rider yang dari 2 orang jadi 1.. Separuh-separuh pula 2.. Rupa Kamen Ridernya kurang sikit lar sebab nak main separuh-separuh pula an.. Pendrive jadi Kamen Rider ni punya konsep.. Kalau nak jadi ajer mesti guna pendrive.. Pada asalnya cerita ni sedikit membosankan aku sebab ala-ala detektif dulu-dulu, tapi dah lama-lama tengok, makin best pula jadinya.. Aku paling suka dengar lagu opening dia, antara lagu paling best lar dalam cerita Kamen Rider..



Brader Separuh...




Philip dengan Shotaro..



KAMEN RIDER OOO

Ini Kamen Rider paling latest sekali.. Still running dekat Jepun setiap hari Ahad pukul 8pagi.. giler awal an?Sebutan simple dia O's.. Sama macam sebutan nama Kamen Rider Faiz tu lar.. Cerita ni berkonsepkan token atau medal untuk bertukar dan sebagainya.. Motor dia juga macam cantik lar sebab dari mesin air jadi motor.. Gila pelik.. Just masukkan token ajer kat mesin air tu, terus jadi motor.. Masa nak bertukar juga dia ikut warna token tu,kalau token tu merah kuning hijau,jadi kepala dia akan jadi warna merah, badan dia warna kuning & kaki dia warna hijau..



Tajuk dia...




dah macam lampu trafik light pun ada..




mesti bergaya dibawah cahaya lampu




anda semua nak air tak?




motor hasil dari mesin air tadi..




Eiji yang bawa spender ajer pergi travel..



p/s : dulu time aku kecik2 seram dowh tengok Bajak Hitam, cam cerita hantu rasanya...



Friday, April 8, 2011

Review : Sah dan Tak Sah



Ni bukan saja2 nak review blog orang,tapi just nak share kat semua orang blog apa yang aku selalu bukak..dah kalau blog orang 2 seronok,xkan aku nak simpan sorang ajer kowt,apa salahnya aku kongsikan kat korang jugak isi2 menariknya jugak an..?

Nama Blog ni Sah dan Tak Sah..kenapa namanya cam2?memang patut lar korang kena usha blog ni,sebab isi2 kandungannya semua luar pemikiran kita..entah betul ke tak 2 pepandai korang lar..yang aku suka blog ni sebab banyak gambar..siapa lar yg suka baca text banyak2 an?haha..Blog yang dikendalikan brader Khalis ni sangat mesra pengunjung..(Brader yer,nampak muda sikit..haha)kalau korang komen,insyaAllah lar dia balas balik..

Dalam sehari banyak jugak dia post entry,biasalar,tokey Cyber Cafe,24/7 depan pc,mesti lar banyak masa nak cari bahan2 menarik..xmacam aku,selang berapa bulan baru nak update..ish3..yang penting setiap hari aku bukak blog ni,ada ajer entry pelik2..yang penting layan..=)



Jelez Dengan Sahabat Sorang ni..


Tak dinafikan sememangnya aku sangat jelez ngan sahabat aku yang sorang ni..haha..Nama yang diberi Muhammad Adib bin Abdul Manaf..memang aku ingat nama penuh dia ni sebab dia lar sahabat baik aku masa sekolah rendah dulu,masa sekolah menengah dah kurang rapat sebab aku sekolah tempat lain,tapi ikatan persahabatan 2 tetap masih ada lagi lar..

Dia ni boleh dikatakan pandai jugak lar dari aku..hehe..padahal dulu sama2 gak main mainan parachute, main tamiya, main beyblade tapi taw2 dia dah ke Bayern German xsilap aku..dasyat sungguh..aku pun paling jauh ke Sabah ajer lar..Dulu teringin gak nak sambung belajar kat Jepun sana,tapi memang khayalan tinggal khayalan ler..haha..

Bila tengok gambar2 dia kat sana,memang teringin sangat nak ke luar negara an..Jelez sungguh aku ngan ko Adib..=P

Disini aku kongsikan gambar dia & kawan2nya kat German sana..Pandai2 lar korang teka mana tuan empunya badan yer..Bagi gadis2 di luar sana yang masih single,si Adib ni pown masih belum empunya jugak "rasanya"..budaknyer pun baik gak..haha..mampus aku kalo si Adib ni taw..=P


Fuhh..ada gaya..


seronok betul mereka..



sedap betul dia tido..


boleh masak ker??haha






p/s : masih terngiang2 kejelesan 2..haishh..sabo2...=P
Apa2 pun,aku doakan ko berjaya lar ek kat sana Adib..jangan dilupo kengkawan kat sini haa..




Thursday, April 7, 2011

Kaca Mata Hati naik taraf


Alhamdulillah..ada jugak kesempatan untuk tulis blog ni..takut bersawang lebih ajer,nama pun laman sesawang an..xper2,mungkin insyaAllah  selepas ni akan cuba merajinkan diri untuk menulis blog ni..

Hahaha..tajuk macam gempak ajer an? bukan apa,terkujat jugak aku search kat brader Google yang Kaca Mata Hati dah kuar kat search engine 2..sebelum2 ni xder pown lagi..ni mungkin gara2 entry paling popular kat blog ni iaitu entry Merapu Tym : Kamen Rider..mungkin lepas ni entry 2 perlu diedit semula ejaannya sebab terlalu banyak short form & entry ni dah macam global dah.hehe..sekurang2nya kalau ada yang xpaham bahasa yang ditulis, mungkin dia dah boleh pakai google translate..=P


alhamdulillah dapat gak kuar KMH tu..seronok rasanya..=)


oleh kerana jarang mengupdate blog,aku tambahkan 1 lagi widget twitter kat blog ni..sekurang2nya blog ni xder lar diam sangat bila dah ada widget ni..twitter aku ni gak aku boleh update perlawanan Liga Super Mlaysia untuk pasukan Selangor sahaja..untuk yang minat liga lain & pasukan lain,mohon maaf sangat2..=)


untuk memudahkan aku mengupload gambar,aku pown buat 1 page Kaca Mata Hati kat Facebook jugak..diharap anda semua menyokonglah blog aku dengan "like" page ni yer,ada kat bawah blog aku..sokong menyokong amalan mulia..hehe..=)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons