Thursday, October 28, 2010

SuperMokh - MyDream




Aku sangat kagum dengan kesungguhan orang dulu-dulu main bola, lain sangat dengan sekarang. Nak sebut player-player dulu kat sini ramai. Salah seorangnya ialah arwah Mokhtar Dahari. Siapa yang tak kenal beliau kan? Aku sebenarnya kadang-kadang daydreaming juga nak buat cerita pasal Mokhtar Dahari ni. Andai dapatlah diberi rezeki buat Filem Biografi/Dokumentari Mokhtar Dahari ni, sangat-sangatlah bahagianya aku. Kalau dah ada orang buat Filem beliau sebelum aku, memang tak ada rezekilah. Nak buat macam mana kan. Aku harap sangat player-player bola sekarang dapat main dengan semangat macam beliau.
Sepak berdesyyuuuppp !!!!!



Al-Fatihah


Sunday, October 24, 2010

Maher Zain - The Chosen One


Kagum betul tengok video clip ni, inspirasi dari keperibadian & sirah nabi Muhammad SAW.



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One


DULU-DULU ADA FB ?



Kelakar pulak aku baca benda ni, hahaha..



Friday, October 22, 2010

Aku Kena Tipu ?


Baru aje cerita pasal Seman kena prank, sekarang tak pasal-pasal pulak aku kena prank dengan adik aku sendiri. Siot je. Itupun dia bukannya tau hal sebenar jugak tu. Adik aku tu sekarang main untuk KDFC (Kota Damansara Footbal Club). Dia kata yang Fitri Shazwan, player Selangor Jersi no.24 tu bekas kelahiran KDFC jugak. Aku pun dok percaya aje cakap dia. Oleh sebab curious sangat (aku ni memang macam ni), aku pun search la kat mana-mana web, tak jumpa pun. So apa salahnya tanya tuan empunya badan sendiri kan. Lagi senang dapat jawapan, haha. Aku pun tanya la si Fitri tu sendiri, dia bekas KDFC ke?



Hasilnya tu la. Entah Fitri mana lah adik aku tu celup kata main KDFC.. -.-


Ini la adik aku tu, Muhammad Khairullah. Siot je..


Monday, October 18, 2010

Seman Kena Prank !!!


Hahaha.. Sumpah kelakar aku baca ni. Ceritanya macam ni, aku balik rumah kat Kota Damansara, so pc aku tinggalkan dekat Uniten. So sesiapa yang buka pc aku ni, aku punya skype pun automatic login sekali.
Sekali tu si Hariz Aiman aka Makaron ni gunalah pc aku. Elok-elok tengah guna pc, boleh pulak si Seman aka Qayum ni chat skype aku. Apa lagi, dah kalau Makaron namanya, tak sah tak prank orang. Dia pun acah-acah menyamar jadi adik aku. Makaron kata si Seman ni dah macam cuak gila dah. Patutlah pagi-pagi buta si Seman ni call aku. Damn...
Pandai-pandailah korang zoom gambar ni ya..=P







p/s : boleh pulak kat penjara ada internet & skype. Sekurang-kurangnya si Seman ni ambik berat kat kitorang semua.. Chill Seman =)


Mana Hilang RM1 ??



Ada 3 orang makhluk Allah ni nak pergi menginap kat sebuah Hotel murah belakang Giant Kota Damansara, harga sebenar 1bilik Hotel tu dalam RM30 sahaja. So dorang pun bahagi-bahagikan la duit yang dorang nak keluarkan. Jadi setiap seorang bayar RM10 aje..

3orang x RM10 = RM30

Tengah sedap-sedap lepak dalam bilik, reception tu call dorang yang Hotel tu nak bagi diskaun 1bilik hanya RM25 aje. Jadi ada la lagi RM5 sebagai baki..

RM30 - RM25 = RM5

Reception pun bagi balik setiap seorang RM1 & lagi RM2 sebagai tips reception tu sendiri. So bila setiap seorang dah dapat RM1, cost yang dorang keluarkan jadi RM9 sahaja la kan untuk seorang..

RM10 - RM1 = RM9

Sekarang ni, cuba korang tambahkan jumlah setiap seorang tu dengan duit tips reception tadi..

RM9 x 3orang = RM27

RM27 + RM2 = RM29

baru RM29,asalnya dorang bayar RM30 tadi..
MANA LAGI RM1 HILANG ???


Tuesday, October 12, 2010

Sejarah Hitam Bolasepak Malaysia



Malam ni ajer sumpah aku kecewa ngan sikap segelintir penyokong parasit bolasepak Malaysia..xkira r Kelantan ataupun Selangor mahupun Negeri & Club2 yg len..Bkn nak ckap cam Menteri ker aper,juz kite gi tengok bola 2 utk entertaiment kter,cam tgk wayang gak r,ader ker korg kalo cter kat wayang 2 x ikut kehendak korg,korg merusuh dlm wayang 2??xder an?korang redho ajer ngan cter 2 an?kluar wayang leklok comel ajer...sama gak r cam tgk bola,kalah menang adat permainan,mmg kter kecewa kalo kalah & gembira bler menang,tapi xyah lar smpai over fanatik sgt smpai xley tgk fan lawan...nmpak ajer fan lawan rasa cam nak bagi ajer buku5 ni!ape r korg dpat kalo gado2 btumbuk2 ngan fan lawan?game sama ajer cm2,bek korg tumbuk player bola 2 ajer,lagi ader effect..*bad idea..(^^)"

Lek suda tgk bola,kte jadi r professional fan,bkn pemain bola ajer yg kna professional,fan pown kna gak..Kte tgk bola sokong negeri masing2 an?so behave lar,kalo sorg wat hal,1negeri dpat nama busuk..kerana nila setitik rosak susu sebelanga! kan aku da berperibahasa ni..yang xbersalah pown dilabel "teruk" gak..padahal ramai yg lagi baik & xbsalah..

Tapi 2 r,smlm r aku rasa paling teruk,smpai gaduh2 luar stadium,paramedik yang xbersalah 2 pown kna mercun bunga api cam ari merdeka 2,ader yg darah2 kpala & sampai ader yg meninggal dunia..bler ader yg meninggal dunia ni,ramai r wat spekulasi mcm2,kna tikam r,kna belasah r..padahal arwah 2 meninggal sebab sesak nafas ajer & dyer x terlibat langsung dalam gado2 ni..

Lastly,bkn smua fans teruk,ramai yg baik cuma yg teruk itu yg jadi parasit..bende pown dah nak jadi...xpayah r pikir2 lagi..apapun apa yg terjadi,kita jadikan sebagai iktibar dan panduan agar kita lebih bersikap profesional di dalam menjaga tingkah laku kita sebagai fan2..
Lpe nk gtaw,player2 sume men mcm International,laju ajer dorg men,mmg bagus sgt,tpi ksudahannya seri 0-0..chill =)



Da ok da ramai2 camni,bukan selalu stadium penuh..



Lautan Merah Kuning



Lautan penyokong Kelantan
*aku sgt tabik ngan dorang pnyer komitmen sbg fan,cuma segelintir 2 ajer yg lack of attitude,so yg len pown kna tempiasnyer..



tragedi paramedik kena "BOM"



Seri pown hepi...=)



muka mereka yg terpaksa



last2,jumpa sedara aku kat sana



Alfatihah buat keluarga arwah Che Karma Sulaiman


p/s : sedih Selangor Kalah 3-0 kat KB next match,kempunan lagi tgk final.. ='(


Penentuan Suku Akhir



*gambar kredit 2 liga-m.sokernet.com

Malam ini mesti turun Stadium Shah Alam !!!
Game sengit ni. Malam ni sahajalah  penentuan untuk Selangor buktikan kehebatan di tempat sendiri, mengikut keputusan perlawanan dengan Kelantan sebelum-sebelum ni, hampir seri semuanya, jadi tak hairanlah kalau malam ni boleh jadi pemain sume all-out macam main final !!!
Lagipun game ni takde kat tv1 dengan kat astro arena, so jomlah kita pakat ramai-ramai penuhkan stadium malam ni !!! Yeahhh !!!

Saturday, October 9, 2010

Jeram Puting Celik ;P



Fakrul, Fitri, Haniz, Aku, Haziq


Inilah kami 5 bersaudara, dah macam panglima Melaka pun ada, sorang Tuah, Jebat, Lekir, Kasturi & Lekiu. Macam Jackson 5 pun ada. Bukan apa, ni sahajalah sepupu lelaki yang rapat, always lepak sama lima-lima ni. Kitorang mula bertolak ke Labu Negeri Sembilan hari Jumaat malam tu, sebab esoknya ada minum petang bersama ubi kayu, dasyat2. Alang-alang dah ke Labu tu, apa lagi, mandi manda kat Jeram Puting Celik tu la. Ada sejarahnya nama tu, sesiapa yang mandi kat sana, putingnya pasti celik, hahaha.. ;P

Lepas bermandi manda & bersuka ria sampai kepetang, semua family pun sampai la kat Labu tu. Lepas seronok bagai makan ubi kayu & bihun goreng, semua pun pergilah ke Bangi, rumah Along Ija..
Kat sana lagi la banyak makanan, sampai nak meletup perut ni hah. Sebelah rumah along tu rumah Cat Farish, dah alang-alang along buat open house, dia ajak la sekali si Cat tu. Ape lagi, kitorang pun bergambar sakan la dengan dia. Sampai naik pening la dia tengok keluarga kitorang.. =P



jaga-jaga, pakai tuala tu.. cover ckit..



inilah dia beruang kutub



mandi kat empangan
*ada banyak gambar mandi yg tak dapat ditonton secara umum =P


muka dah kemas-kemas dah lepas mandi



sekali nama dia Jeram Tebrau la..



termenung jauh



bawah pohon inilah Melaka dapat namanya..



Cat Farish



pening dia melayan kitorang



bergambar lagi, dasyat



persidangan antarabangsa



kalau tak setuju, inilah jadinya


Saturday, October 2, 2010

My 1st Global Positioning System



ehsan gambar dari brader google

Akhirnya aku mempunyai GPS sendiri. Model Garmin nuvi 1350. Beli dekat Low Yat hasil bantuan member aku Farid. Harganya tak payah la aku nak story kat sini, nanti aku sendiri macam tak percaya aje yang aku dah beli, haha. Masa tu aku ada dua perasaan, happy dan unhappy. Happy sebab dapat GPS, unhappy sebab kena keluar duit.. WAAAAAA... Tak apa la, asalkan puas hati dan berbaloi, dapat guna lama dan lagi bagus dari gps yang ada dekat samrtphone sekarang ni..=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons