Friday, February 25, 2011

Malaysia vs Pakistan : Olympic 2012 Qualifiers


Alhamdulillah, menang juga pasukan Malaysia U23 untuk pusingan pertama kelayakan olimpik 2012 ni..Seperti biasalah,bila tiket RM20, 2-0 lar kita menang lawan Pakistan..hehe..tp jgn plak memandai2 nak naik harga lagi lepas ni..=P

Secara keseluruhannya, pasukan Malaysia ni memang bersemangat betul main semalam..banyak peluang nak gol kan tapi xder luck ajer..mungkin lepas ni kena tajamkan lagi bahagian serangan 2 dan bahagian2 lain secara am nya..Semalam pun kejap ajer Malaysia dah dapat gol yang pertama, aku ngan sedara aku baru jer nak panas2kan bontot jadi penyokong,taw2 dah gol sebijik..dasyat...

Player Pakistan semalam banyak tido atas padang lar..sian paramedik dengan tukang usung kena belari kehulu kehilir atas padang 2..kedua2 pasukan pun cam gila2 ajer main,ganas betul..tapi ni barular namanya Harimau Malaya,mesti kena garang..=)


dah gol seawal minit ke 3..


woi,ni nak tido ke nak main?


ada yg xpuas hati...


Khairul Fahmi dijatuhkan dan pertelingkahan berlaku..


You are OUT !!


GOL !!!!


sebelum 1st half habis, dapat gol kedua.. 


ni kes tanduk member sendiri,dua2 jadi biol jap..


brader2 yg banyak beraksi lebih dari player bola..


habis dah..kita MENANG !!!


Harimau Malaya Fan


pintu 6 ni lar tempat lepak aku kalo kat Stadium Shah Alam


p/s : The Legendary Yellow Jersey is BACK !!!
xkan asyik nak pakai baju biru ajer untuk home kan? =)



Thursday, February 24, 2011

Official Facebook Safee Sali


Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan Safee Sali di kelab terbarunya Pelita Jaya FC di Indonesia, boleh lah melayari facebook & twitter yang dikendalikan oleh beliau sendiri serta dibantu oleh pengurus dan 4 orang yg diberi kepercayaan untuk menjadi admin facebook beliau..

Twitter : SafeeSali_10
gambar ihsan Facebook SafeeSali_10 Official

Selangor vs Kuala Lumpur : Tribute to Safee Sali


Mungkin dah sedikit basi untuk aku update entry ni..sebab entry ni berkisar pasal game terakhir Safee Sali untuk kelab Selangor masa 12/2/2011 hari tu..gile lama kan baru nak update..ni semua gara2 xda kelapangan untuk update blog dan masalah nak upload gambar kat picasa yang dah limit..hilang kesabaran jap..

Hari tu memang duit cukup2 makan ajer untuk hidup..tapi disebabkan semangat kesukanan punya pasal,memaksa jugak diri ke Stadium Shah Alam untuk melihat aksi terakhir Safee Sali sebelum beliau berpindah ke kelab terbarunya di Indonesia, Pelita Jaya FC..Safee Sali diberi penghormatan terakhir pada malam 2 untuk menggalas tugas sebagai kapten bagi pasukan Selangor..Aku pergi Stadium Shah Alam dengan cik kura2 bun,pastu jumpa lar sedara2 aku kat stadium sana..Berat hati jugak mula2 tgk si Safee ni,tapi demi nak meningkatkan prestasi bola sepak negara,aku redho dan merestui perpindahan dia..cewahh...

Harap beliau dapat mencari pengalaman berharga kat sana dan juga menjadi contoh player Malaysia yang lain untuk beraksi di luar Malaysia..Nanti xder lar jadi macam katak dibawah tempurung dan main setakat jaguh kampung ajer an...? =)


Selangor lead 1-0


menyempat..


gambar mereka saja...


Zahi..anak sedara aku..


APA??!! DAH KENA GOL !!!


dah kena 1-1..


Safee baling bola kebelakang??


mana gigi??


bergambar lepas habis game..


muka ni mesti kena ada..


Safee Sali, tawaf 1 stadium demi penyokong..


cukup2, orang dah balik lar...


macam ada perbincangan tergempar ajer..


minum minum minum...


muka dah ngantuk..


p/s : sayang giler game terakhir Safee untuk Selangor hanya dapat seri 1-1 ajer...



Monday, February 14, 2011

7 Sunnah Rasulullah S.A.W




Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam.

sumber :
http://www.rileks.info/coollist/2009/02/7-sunnah-rasulullah-saw/


Salam Maulidur Rasul


Kaca Mata Hati mengucapkan Salam Maulidur Rasul
Perbanyakkan selawat keatas junjungan nabi Muhammad SAW & mengikuti sunnahnya supaya kita sama2 beroleh syafaat darinya kelak =)







Thursday, February 10, 2011

Shooting dengan Syamsul Yusof !


Semalam brader Pemenang Anugerah Pengarah Terbaik FFM ke23 Syamsul Yusof ada call aku suruh datang lokasi kat Dataran Merdeka untuk shooting cerita "Bohsia 2"..Mulanya cam malaz gak lar nak gi,yela,baru balik dari Stadium Shah Alam tengok game Malaysia vs Hong Kong..nasib baik Malaysia menang 2-0 semalam,kalo x lagi down lar aku ni..tambah pulak tengah singkat ni utk tampung duit minyak kereta yang semakin hari semakin meningkat harganya..haisshh..tapi digagahkan jugalar kesana walaupun dengan berbaju jersi Malaysia ni..

Lepas ajer makan2 kat Geng's Corner Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Restoran Upin Ipin yang berhadapan dengan studio Les' Copaque Production,aku terus gerak ke Dataran Merdeka dengan berpandukan GPS aku..sampai ajer sana memang ramai betul orang tengah usha2 kat set pengambaran 2..celah punya celah punya celah,dapat lar aku tengok dorang tengah shooting camner..dorang tgh shooting utk scene ada sorang mamat ni xpuas hati sbb kalah race,jadi mamat ni pown amuk 1 badan nak tetak budak2 yg menang 2..dasyat giler...

Sebenarnya cerita Syamsul yusof call aku ni hanya rekaan semata2..hehe..saja kasi opening cerita gempak sikit..jangan mare yer..sebenarnya lepas makan kat Geng's Corner 2,aku terlintas nak ker Dataran Merdeka utk tengok lampu bangunan 2 bertukar2..xpenah lagi jejak kat sana sejak lampu 2 da jadi warna warni..memang nasib aku lar an,ada pulak Skop Production tengah shooting cerita "Bohsia 2" kat sana..aku boleh dikatakan hampir menjadi ekstra dalam cerita 2,ni realiti yer,bukan rekaan lagi,cuma oleh kerana aku datang terlewat sikit,jadi scene yg sebelum ni aku xder dalam kamera,so utk scene seterusnya aku pown xbole ada lar,kunk cam magic lak tadi xder pastu tetiba ada..harap2 korang paham apa yg aku merepk ni..tp mmg sadis giler r..hahaha..


ramai ajer yg usha


Syamsul tgh cek dialog "mamat yg mengamuk" 2


lighting complete untuk set pengambaran yg besar


p/s : impian aku utk tengok orang shooting filem bole dikatakan tercapai lar jugak..baru aku taw yg dorang ni juz pakai 1 camera shot only..dulu aku ingat dorang pakai camera banyak2..crew2 dorang pown kena banyak sebab nak menguruskan ekstra2 & orang2 awam yg ada kat sekeliling,dalam masa yg sama jugak,aku baru taw tugas sebenar Produksi Manager 2 mcm mana..pelakon yang tengah shooting 2 sume aku kenal,cuma xtaw nama ajer..=P



Malaysia vs Hong Kong : Friendly Match


Alhamdulillah berjaya juga Harimau Malaya menunjukkan taringnya pada malam semalam dengan membaham habis-habisan Shaolin2 Hong Kong dengan keputusan 2-0..Lebih membanggakan lagi,dua2 scorer semalam datang dari Pasukan Selangor kesayangan aku,Safiq Rahim & Kanchung(Amirulhadi).

Pada mulanya aku ni berbelah bahagi gak nak ke stadium malam 2..bukan apa,sebab duit tgh singkat gila sekarang,terfikir gak sabtu ni nanti nak gi tgk penyerang Selangor Safee Sali beraksi utk kali terakhir sebelum dia berangkat ke kelab Pelita Jaya Indonesia..2 yg macam kekeliruan 2..tiket pown bukan murah dah sekarang,yelar,mentang2 Malaysia dah menang Piala AFF Suzuki,so ada lar yang amik kesempatan sikit utk naikkan harga tiket..Aku bukan jenis berkira sangat pasal harga tiket ni,juz kalo orang2 cam aku ni yg minat giler gi stadium tgk bola tapi duit singkat camner pulak kan??xkan nak mengharapkan orang2 kaya tengok bola??memang harapan lar,sume orang kaya mesti nak tgk bola 'WORLD CLASS' punya..

Tapi yang penting semalam dorang main tiptop punya..Walaupun Hong Kong da guna teknik Shaolin Soccer bagai nak rak tapi tetap ball possession banyak pada Malaysia..Aku pown tengok game ni dalam  keadaan tenang ajer xder nak risau2 sangat,siap bole makan koci lagi..haha..Tahniah buat semua pasukan Malaysia & tahniah juga yang hadir semalam,bole tahan ramainya..tapi kalo tiket murah lagi mungkin lagi ramai yang tengok..friendly je pown,bukan semi Piala AFF Suzuki..=)


Sepak Mula 0-0


tuptap tuptap tetiba da gol sebijik sebelum habis 1st half


reff pown nak join main..


Celebrate gol kedua dari Kanchung sebelum tamat perlawanan


dah 2-0 dah..


Tamat game ajer budak Ultras nyalakan FLARE!


Safee Sali tawaf 1 stadium lepas habis game..



gambau mesti mau ada maa...=P


p/s : sedikit kecewa pada diri sendiri sebab xterbawak Jalur Gemilang ke stadium..
Malaysia banyak shoot kena tiang,sayang giler..ada guna aura Shaolin lar 2 team Hong Kong 2..=P



Wednesday, February 2, 2011

Selangor vs Kelantan : Piala Sumbangsih



Yeah!!!
Akhirnya sepak mula Liga Malaysia 2011 dah bermula dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih antara Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan dan Juara Liga Super 2010 Selangor..Giler rindu aku nak gi stadium sampai terbawak2 ke mimpi lar menjerit2 dalam stadium..Tapi malangnya masa Piala Sumbangsih berlangsung,aku dalam keadaan yg kurang sihat,sakit tekak+selesema..mmg terbaik lar..tp sebab semangat punya pasal,digagahkan juga ke Stadium Shah Alam 29/1/2011 tu..

Aku sampai sana awal sikit dalam pukul 6ptg cam2,so siap2 beli tiket bagai,aku tunggu lar sedara2 aku ngan 'future cuzie' aku 2..agak2 da bole start tgk bola,kitorang pown masuklar Stadium Shah Alam..Tp sayang lar sbb awal2 lagi Selangor da kena penalti,2 yg sume player cam pressure ckit 2,main pown kurang mantap..spatutnya dorang bole main lagi baik dari malam 2..Tp nak wat camner an,bola 2 bulat,bukan luck utk team Selangor sbb kedua2 gol team Kelantan hasil dari sepakan penalti dan sepakan percuma..Akhirnya kami terpaksa akur dengan team Kelantan 2 berbalas 0..=(



meriahnya...


lori2 & bas2 Pak polisi


cat2 muka lagi..


red hornet..


mulut mesti ditutup kalo nak bersin..=)


ketibaan brader2 besar..


future cuzie ku yg main tampal2 muka


seronok mereka..


ada cerita disebalik pak polisi ni..


siap2 bergambar sakan..=P


adik-adikku


tiket yg harganya...........


dye sorang ajer yg bergambar..


permulaan masih 0-0


penyokong2 yang hadir


player tgh warm up dulu..


menunggu nak start


ni ape kes ni?


flare mula kelihatan bagi memeriahkan lagi suasana


penalti Kelantan seawal minit ke7


Balik ajer dari tgk bola,aku terus demam..dalam masa yg sama aku dapat berita yg member aku kna tgkap atas sbb pak polisi nak cover xdpat tgkap budak2 yg baling mercun kat stadium 2,jadi ditangkapnya lar budak2 yg bakar flare 2..utk pengetahuan pak polisi,flare 2 bukan bahan letupan yer..alhamdulillah,member aku 2 da dilepaskan,cuma nak tggu keputusan penuh ajer lagi 2mggu..


p/s: Selangor pown da mula bangkit lawan Perlis tadi,menang 2-0 hasil jaringan Safee Sali dan Fitri Syazwan..=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons