Friday, July 15, 2011

Kem Milo Kota Damansara 2011




Sayang seribu kali sayang, kalaulah aku bangun awal sikit, insyaAllah boleh jumpa legend Santokh Singh.. Kan dah terlepas nak jumpa masa beliau ada datang di Kota Damansara untuk perasmian Kem Milo hari tu.. Haisshh.. 

Takpe-takpe, benda dah lepas.. Apa-apa pun nak cerita sikit pasal adik aku Khairullah yang ada mengikuti Kem Milo ni, dia jadi penjaga gol untuk pasukan Kota Damansara FC (KDFC) bawah 10 tahun.. Sepanjang pemerhatian aku kat adik aku ni, aku rasa dia memang ada potensi sangat-sangat, sayang kalau bakat dia ni tak digilap dengan betul..


peace saje..


suka bebenor..


family pun turut hadir memberikan sokongan..


aku yang semangat nak jumpa Santokh Singh tapi terlepas -..-


dah macam coach dah..


Khairul dan rakannya..


Sepanjang perlawanan , pasukan KDFC banyak menempuhi pelbagai halangan terutamanya di bahagian penjaga gol kerana kebanyakannya dikenakan sepakan penalti setelah permainan berterusan seri tanpa jaringan.. Main pun 7minit ajer 1st half, memang payah lar nak cari gol..hahaha..


mengeluh bila permainan diteruskan dengan sepakan penalti..


coach Mohan memberi sedikit nasihat kepada Khairul


penalti..


tendangan yang tidak dapat diselamatkan..


nasib baik bola terkena palang dan keluar..


semua bergembira sebab layak ke peringkat suku akhir..


bukan main happy lagi mereka ni, padahal baru lepas masuk suku akhir.. -..-


Walaupun mereka berjaya ke peringkat suku akhir, permainan terpaksa diberhentikan atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan.. Hujan yang teralu lebat ni menyebabkan permainan akan dimulakan dengan sepakan penalti sahaja bila hujan mula berhenti.. Dan bukan rezeki untuk KDFC bawah 10 tahun apabila Khairul gagal menyelamatkan gawang gol mereka walaupun setiap sepakan lawan dapat dibacanya.. Faktor ketinggian juga menjadi kelemahan Khairul apabila pihak lawan banyak menendang sepakan penalti di bahagian atas gol..


goal kick..


terlalu tinggi..


masih gagal diselamatkan walaupun sepakan dapat dibaca..


siap masuk sotkaba..


p/s : amacam? boleh jadi pengulas sukan tak?hahaha..




0 kritikan membina:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons